Free Black Glitter Pointer Cursors at www.totallyfreecursors.com
best blogger tipsGet snow effect
Ku Impikan KeredhaanNYA .. Assalamualaikum .. Selamat datang ke ruangan luahan hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan ILAHI. Moga dipermudahkan oleh-NYA (:































































Wednesday 14 December 2011

~ Dalam Diam, Aku Mencintaimu ~

Aku diam.. bukan bererti aku tak peduli kepadamu.. Aku diam.. bukan bererti aku tidak memikirkanmu.. Aku diam.. bukan bererti aku tidak mengharapkanmu.. & Aku diam.. bukan bererti aku tidak mencintaimu..

akan tetapi ,

Aku diam kerana aku sungguh memikirkanmu.. Aku diam kerana aku sungguh merindukanmu.. Aku diam kerana cinta sejatiku kepadamu.. Aku diam kerana aku tidak mahu menjebakmu ke dalam jurang-jurang dosa..

Sungguh aku tidak mahu membawamu ke jalan yang dimurkai ALLAH..
Sekali lagi aku tidak mahu membawamu ke jalan yang dimurkai ALLAH..

Biarlah rindu ini menghujam kalbuku, sehingga membuatku bagaikan sebilah pedang samurai yang membelah dadaku..
Biarlah sepi ini menyelimutiku, sehingga membuatku seperti berdiri sendiri di tengah gelapnya padang pasir..
Biarlah kegelisahan ini membelaiku, walaupun terasa bagaikan belaian badai.. biarkanlah..

Walaupun semua ini terasa perih, bagaikan sebuah selimut yang tersimpan ribuan derita & sengsara hati..

No comments:

Post a Comment